Posts

Showing posts from September, 2017

Siang Jadi Kedi, Malam Jual Diri.

Image
Golf, di negara kita masih lagi dianggap permainan kelompok elit. Maka cerita 'dalaman' hanya dikongsi di kalangan ahli kelompok mereka. Namun terdapat istilah popular dikalangan mereka, “Main golf tanpa caddy mungkin seperti makan sayur tanpa garam”. Difahamkan sejak 5 tahun lalu beberapa kelab golf terkemuka di Lembah Klang mula menggajikan gadis caddy warga asing dari Vietnam, China, Indonesia dan Thailand berusia di antara 18 dan 30 tahun. Namun sejak kebelakangan ini, Kelab-kelab golf tersebut kini lebih suka mengambil caddy dari kalangan gadis-gadis muda Indonesia, kerana dikatakan mereka-mereka ini lebih ‘hot’ dan berani. "Aduh pak! Kurang keras pukulannya" (dalam nada menggoda) … itu antara ayat-ayat yang sering digunakan gadis-gadis caddy ini bagi memancing pemain-pemain golf hidung belang. Ada sesetengah caddy ini, siap berani mengurut pemain dilapangan sambil bergurau. Antara komen lain gadis caddy dari Indonesia ini … apabila pemain 'm...
Image
Ekonomi Malaysia - Indah Khabar Dari Rupa.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kelihatannya sedang giat mempropagandakan kejayaan dan kemajuan di bawah pentadbiran beliau sambil mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan dakyah pembangkang. Beliau sedang cuba menangkis dakwaan bahawa negara bukan negara gagal atau ‘failed state’.   Akhbar-akhbar arus perdana melaporkan, Datuk Seri Najib telah mencatatkan banyak kemajuan membanggakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sehingga mendapat laporan positif di media tempatan dan antarabangsa.   Antaranya ialah Malaysia antara 10 ekonomi paling pesat berkembang di dunia yang dilaporkan oleh The Economist manakala PricewaterhouseCoopers (PwC) pula melaporkan Malaysia dijangka peroleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke-25 terbesar dunia menjelang 2030. International Living Magazine pula melaporkan Khidmat Kesihatan Malaysia ke-3 Terbaik Dunia dan U.S News & World Report turut melaporkan tajuk Malays...