Siang Jadi Kedi, Malam Jual Diri.
Difahamkan sejak 5 tahun lalu beberapa kelab golf terkemuka
di Lembah Klang mula menggajikan gadis caddy warga asing dari Vietnam, China,
Indonesia dan Thailand berusia di antara 18 dan 30 tahun. Namun sejak
kebelakangan ini, Kelab-kelab golf tersebut kini lebih suka mengambil caddy
dari kalangan gadis-gadis muda Indonesia, kerana dikatakan mereka-mereka ini
lebih ‘hot’ dan berani.
"Aduh pak! Kurang keras pukulannya" (dalam nada menggoda)
… itu antara ayat-ayat yang sering digunakan gadis-gadis caddy ini bagi memancing
pemain-pemain golf hidung belang.
Ada sesetengah caddy ini, siap berani mengurut pemain dilapangan
sambil bergurau.
Antara komen lain gadis caddy dari Indonesia ini … apabila
pemain 'menyewanya' memukul bola tidak sejauh dijangka.
Caddy biasanya diambil secara kontrak di antara 2 dan 5
tahun. Untuk satu game 18 lubang, mereka dibayar RM100.
Pemain juga membayar RM80 untuk perkhidmatan buggy untuk
bergerak di padang golf.
Bagi ‘Life Membership’, pemain kena bayar di antara 60 dan
80 ribu, monthly subscription 100 lebih.
Bilangan gadis caddy bertugas dilaporkan di antara 80 dan
110 bergantung kepada keperluan sesabuah kelab golf.
Bagi persoalan betul ke gadis caddy ni boleh dibawa tidur?
Itu bergantung kepada perundingan serta persetujuan pemain
dan caddy. Jika persetujuan sudah dicapai, lepas main bolih lah bawa cewek
caddy Indonesia ini ke Genting Highland atau kehotel-hotel berhampiran. Itu
orang panggil lubang ke 19 atau the 19th hole.
Lebih menarik, 'lubang ke 19' dipercayai bukan sahaja
menarik minat pemain golf muda malah kelompok pemain veteran.
Bayaran game itu tidak ada kena mengena dengan kelab.
Comments
Post a Comment