WARGA ASING MULA KUASAI LAPANGAN GOLF.





Kini warga asing bolih kita lihat dimana-mana diseluruh negara. Kalau dahulu warga asing hanya bekerja di bidang separuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, kini mereka sudah mula berani menceroboh hak warga tempatan dengan bekerja dibidang-bidang yang sepatutnya di isi olih warga tempatan.

Ini termasuk warga asing wanita menjadi kedi dipadang-padang golf seluruh negara. Gadis Indonesia, Thailand dan Vietnam kini bersepah menjadi kedi. Sebuah Kelab Golf terkenal di Shah Alam kini khabarnya lebih suka mengambil gadis-gadis warga asing dari Indonesia bekerja sebagai kedi dikelab mereka untuk mengaut keuntungan lebih. 

Rata-rata gadis-gadis Indonesia ini tidak mempunyai permit kerja yang sah, samada mereka masuk kenegara ini secara haram ataupun menyalah-gunakan pas lawatan sosial. Biasanya pada hari ketiga puluh, mereka akan keluar ke Batam atau Singapura, kemudian masuk semula ke esokkan harinya untuk menghidupkan semula pas lawatan sosial mereka itu. 

Gaji pokok kedi golf biasanya di antara RM600 dan RM650 sebulan tetapi para kedi ini juga diberikan tips berdasarkan pusingan lobang (hole) mengikut kemurahan hati pemain. Andai kualiti perkhidmatan diberikan bagus, mereka boleh meraih kira-kira RM2,000 hingga ke RM3,000 sebulan. Sementara syarikat-syarikat pembekal kedi haram ini dikatakan meraih keuntungan sehingga RM 3 juta setahun dengan mengajikan pekerja kedi warga asing ini.

Ramai pemain golf amatur dan profesional bermula sebagai kedi. Kedi yang pandai akan menguasai peraturan permainan golf, selok-belok padang golf, dan strategi bermain yang sesuai. Kedi turut dituntut memiliki pengetahuan tentang jarak antara lubang dan pemilihan kayu golf yang sesuai.

Tugas utama kedi adalah membawa set golf pemain dan memungut bola pemain. Kedi juga bertanggungjawab membersihkan kayu dan memperbaiki bekas pukulan pada bola golf, membersihkan halangan di perangkap pasir, mengangkat bendera penunjuk lubang, dan memberi pujian kepada pemain. Kedi berpengalaman biasanya dapat membaca situasi lapangan, keadaan cuaca dan arah angin, serta membantu pemilihan kayu golf.

Malaysia mempunyai lebih 200 padang golf dengan Selangor dan Johor mendahului sebagai negeri yang mempunyai padang golf paling banyak.

Saya pernah berpeluang duduk bersama beberapa warga tempatan di kelab golf di pinggir Damansara, Petaling Jaya, Selangor, yang mengendalikan kursus melatih beberapa kumpulan remaja tempatan menjadi kedi professional. Difahamkan, mereka bertugas untuk sebuah syarikat yang membekalkan kedi untuk Kelab Golf yang berdaftar dibawah Syarikat GLC yang terkenal.

Mustahil kerajaan tidak menyedari kesan lambakan kedi-kedi wanita warga asing yang kini sedang 'menawan' banyak kelab-kelab golf di Malaysia ini. Kedi lelaki dan perempuan rakyat tempatan pula pasti tidak mampu menawarkan perkhidmatan 'ekstra' berbanding servis ditawarkan oleh sebilangan gadis asing ini.




Kedi-kedi gadis Indonesia ini biasanya memakai seluar dan baju ketat, biar kelihatan sendat waktu bertugas. Memang kehendak mereka begitu untuk tampil seksi bagi menggoda para pemain golf spesis buaya darat. Bayangkan gadis kedi berpakaian seperti itu mengiringi pemain golf selama kira-kira lebih empat jam untuk bermain 18 lubang atau lebih kurang dua jam lima belas minit untuk menghabiskan 9 lubang.

Perhatikan baju dipakai oleh kedi itu, ketat sekaligus menonjolkan buah dada bulat. Mungkin buah dada bulat dipamerkan oleh kedi itu dianggap pembakar semangat pemain golf berjuang di padang, yang terkadang berjudi secara terbuka untuk merebut kejuaraan. Begitulah aura kedi-kedi wanita warga asing ini yang telah berjaya menguasai lapangan golf dinegara kita ini sehingga kedi-kedi tempatan akhirnya tersingkir samada secara sukarela atau doisebabkan tekanan.

Sebilangan pemain golf memang tidak terlalu kisah, samada kedi gadis cantik atau tidak namun sukar dinafikan memang ada pemain memilih dan book kedi kegemaran mereka. Manakala pemain golf golongan veteran suka bermain di kelab golf di pinggir bandar atau di lokasi terpencil kerana kegiatan mereka bersama kedi sukar dikesan. Dikatakan sebilangan kedi Indonesia sanggup dibawa keluar selepas waktu kerja untuk perkhidmatan seks. Bayaran boleh dirundingkan dengan gadis itu sendiri.

“Jangan sesekali terbabit jatuh cinta dengan kedi Indonesia, tersilap langkah telinga kita ditarik dek mereka. Saya lama berpengalaman menjaga kedi warga asing. Mereka perlu dilayan sebagai pembantu rumah, tidak boleh terlalu dimanjakan. Tersilap langkah, terpikat kita dengan pujuk rayu mereka” kata Abang Dee salah seorang jurulatih kedi kelab golf itu.

Beberapa orang kenamaan, berpangkat besar khabarnya ramai yang terjebak membela kedi Indonesia yang ditempatkan diunit-unit kondominium yang disewakan sekaligus kos kehidupan mereka dibiayai. Kesimpulannya siang dipadang golf, malam diranjang. Mereka tidak kira samada dinikahi atau sekadar wanita simpanan, yang penting ada pendapatan tambahan.

Pandai makan, pandai simpan. Isteri cuma tahu, suami mereka bermain golf. Cuba bertanya pekerja di kelab golf, pelbagai rahsia mereka mampu kongsikan. Kalau didedahkan, pasti ramai berasa panik. Kalau kita tengok, sebelum ini, isteri gusar jika suami mereka dipikat oleh orang gaji muda bergetah, berasal dari Indonesia. Kini tanpa disedari suami mereka, jika tidak tebal iman mampu tersadai dikerjakan dek kedi-kedi yang bijak menggoda di padang golf ini.

Memang bukan semua pemain golf begitu, saya percaya, ramai pemain golf berstatus 'tuan haji' tidak mudah tersungkur dengan godaan dunia di padang golf ini, tetapi lazimnya mereka tidak mempunyai pilihan selain bercampur gaul dengan kedi gadis Indonesia ini.

Sekiranya masalah kebanjiran kedi wanita warga asing dipadang-padang golf ini tidak dikawal, graf akan terus meningkat dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menguasai semua bidang dan sekali gus mengawal ekonomi negara, malah tidak mustahil akan ada rakyat kita pula bekerja di bawah mereka. Jelas sekali, negara yang rugi apabila pengaliran wang ke luar negara bertambah banyak, malah berbilion ringgit, dan apa untung yang negara dan rakyat kita dapat?
   
Menurut laporan akhbar pada November 2013 sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling dipetik sebagai berkata, jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal melaluinya meningkat lima peratus pada 2014. Katanya pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012.
   
Jelas sekali, dasar pengambilan pekerja asing perlu diteliti semula dengan menekankan hanya sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan sahaja yang dibenarkan menggajikan buruh asing. Tidak perlulah kedi golf,  tukang cuci, pengawal keselamatan, juruwang, pelayan restoran hinggakan di kedai-kedai runcit pun kita terlalu bergantung dengan orang luar, sedangkan pekerjaan ini boleh diisi oleh orang tempatan.

Penguatkuasaan perlu dijalankan secara berterusan dan tidak bermusim. Keraajaan harus mengenakan semula hukuman sebat terhadap pendatang asing tanpa izin (pati), warga asing yang menyalah-gunakan Pas Lawatan Sosial, serta warga asing yang menyalah-gunakan permit kerja mereka. Jangan dibiarkan hak warga negara disamun olih warga asing dibumi kita sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Siang Jadi Kedi, Malam Jual Diri.

Malaysia Syurga Pendatang Asing.