Malaysia Syurga Pendatang Asing.
Berjalanlah kemana-mana tempat di Malaysia permai kita ini,
dari bandar hingga kepelosok-pelosok kampong sekalipun, pasti kita akan bertemu
dengan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan
macam-macam bangsa lagi.
Sebelum ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia
bersama beberapa buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan
Sudan sebagai antara negara yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan
Malaysia menafikannya.
Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan
antara penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.
Sebenarnya tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap
rakyat Malaysia ada kena mengena dengan kes Mykad palsu yang berleluasa sebelum
ini.
Memang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya. Cuba
lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatang asing tanpa
izin di Malaysia.
Setiap kali polis
buat serbuan dipusat hiburan atau rumah urut, pasti mereka tidak akan “pulang
dengan tangan kosong. Mesti ada yang dapat sangkut warga asing China dan
Indonesia. Bukan sikit-sikit, berduyun-duyun pulak tu.
PATI di Malaysia sudah menjadi satu virus yang paling
berbahaya. Lebih bahaya dari H1N1. Kesannya amat ketara dan tidak bolih
dinafikan lagi. Antara kesan-kesan serius disebabkan pendatang asing tanpa izin
di Malaysia yang dilihat ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa
kasarnya “dah naik kepala”:
Jenayah tanpa
rekod atau memang dah terlampau banyak. Samun, kes cabul. Bak kata mudah,
apabila pihak berkuasa pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada
tangkapan.
Peluang pekerjaan
part time untuk rakyat Malaysia semakin kurang. Ini kerana pekerja asing ini
boleh tidur dan makan di tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka, diakui
ramai rajin datang awal, rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa serat
tidak memilih untuk bekerja.
Pernah lihat
pekerja bangla membeli-belah di Mydin ataupun Tesco contohnya? Sampai tak cukup
tangan…….Natijahnya?
Jangan bimbang, akan keluar lagi banyak pendaftaran negara
enterprise. Setakat mykad dan passport, mudah-mudah sahaja mereka ditipu
Rakyat Malaysia
sudah mula rasa tidak selamat di negara sendiri dan takut keluar rumah
sedangkan pendatang haram ini bebas
berkeliaran yang bergerak selalunya dalam kumpulan
Sekurang-kurangnya kalau dah tak boleh selesaikan gelombang
pekerja asing yang HALAL, cari lah mekanisme yang terbaik untuk banteras
habis-habisan pekerasing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini. Tidak kisah,
pendatang asing yang datang untuk bekerja. Memang kita perlukan mereka, namun
bukan sehingga kita dah jadi terdesak macam sekarang. Cuba pergi di Klang, dah
macam negeri Pendatang asing PATI pula. Sarawak dan Sabah jangan cakapla…..sampaikan
rakyat mereka dah letih menerima “takdir” yang menerima mereka.
Kalau di
Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut bantal
lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak oleh
mereka.
Bila ada kes
baru terhegeh-hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada
Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten
tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena ada
arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.
Operasi yang
dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis.
Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara
suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang telah wujud sekian lama di negara. Kalau di
England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa pangat sekalipun. Sebab itu
polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun. Kalau di Malaysia?
Rasanya
kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan,
terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita
susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ jugak
mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa “honeymoon”
untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat.
Kita sebagai
rakyat Malaysia pun kena main peranan
Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui
PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja. Jangan beli.
Suka atau
tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan pihak
berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil rasuah,
kami ucapkan TAHNIAH untuk anda.
Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos
penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan
2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos
kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot
(tahanan) Imigresen. RM30.2 juta itu wang cukai dikutip daripada kita semua.
Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan di sini. Apa kata
pembayar cukai di sini?
Kerajaan hantar
pulang 10 pendatang asing tanpa izin, 2 minggu lagi 100 yang akan datang
semula. Ini merupakan berita yang dipetik daripada akhbar Kosmo yang pernah
disiarkan sebelum ini. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi:
KLANG : Ada berapa
ramai penumpang dalam bot? Kalau tak lebih (jumlah orang) kami tak periksa. Itu
antara perbualan yang sayup kedengaran di luar bot pancung yang dinaiki
wartawan Kosmo! Menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Ia
dipercayai antara pihak berkuasa yang memantau perairan negara dengan ejen
sindiket menyeludup PATI ke Malaysia semasa bot itu ditahan ketika dalam
perjalanan menuju Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.
Apa yang
mengejutkan, bot yang sarat dengan penumpang itu langsung tidak diperiksa
sebaliknya dibenarkan beredar setelah berpuas hati dengan jawapan daripada ejen
sindiket berkenaan. Itulah senario yang berlaku di perairan negara apabila
wujudnya? Sehinggakan aktiviti penyeludupan manusia yang kini semakin
menjadi-jadi.
Malah perkara
tersebut diakui sendiri oleh ejen sindiket yang memberitahu, kegiatan
menyeludup manusia bukannya baru tetapi sudah berlaku sejak bertahun-tahun
lalu. Dengan hanya menggunakan bot-bot pancung yang didaftarkan untuk membawa
ikan dan sayur-sayuran, membolehkan mereka membawa masuk dan keluar PATI di
negara ini. Apa yang mereka perlu sediakan adalah “wang pelincir”?
Kata ejen sindiket
yang dikenali sebagai Yusri mengatakan yang perjalanan mesti bermula pada waktu
malam. Jelasnya, dia telah melakukan kegiatan itu hampir 15 tahun lalu bermula
dengan penghantaran ikan namun hasil pergaulan dengan ramai orang, dia mendapat
lubang untuk menambah pendapatan dengan menyeludup manusia. Sayaenggak berani
pada mulanya tetapi bila tahu lubang ini selamat untuk dilalui baru, boleh bergerak.
Selagi lubang
tidak dibuka, selagi itulah semua penumpang kena tinggal di rumah transit yang
kita sediakan,? katanya yang menyangka wartawan Kosmo berasal dari Jawa Tengah.
Katanya lagi lubang tersebut perlu dibayar untuk membuka laluannya dan
penjaganya juga perlu diketahui dari awal atau terpaksa berhadapan risiko
ditahan. Tambahnya, untuk melakukan kerja tersebut, apa yang penting mesti
kenal ramai orang terutama orang yang ada kuasa.
Comments
Post a Comment