Posts

Malaysia Syurga Pendatang Asing.

Image
Berjalanlah kemana-mana tempat di Malaysia permai kita ini, dari bandar hingga kepelosok-pelosok kampong sekalipun, pasti kita akan bertemu dengan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan macam-macam bangsa lagi. Sebelum ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan Malaysia menafikannya. Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Sebenarnya tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat Malaysia ada kena mengena dengan kes Mykad palsu yang berleluasa sebelum ini. Memang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya. Cuba lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.     Setiap kali polis buat serbuan dipusat hibu...

PATI – Apakah Pasukan Keselamatan Kita Buta, Pekak & Bisu?

Image
Ada banyak jalan-jalan 'tikus' yang hingga saat ini masih banyak digunakan olih PATI Indonesia untuk berangkat ke luar negara. Sebagaimaa diberitakan oleh CNN Indonesia, setidak-tidaknya ada 5 jalan tikus yang masih beroperasi untuk berangkat ke Malaysia seperti berikut: Batam (Sumatra) Batam sebagai pulau yang terdekat diluar Malaysia masih menjadi pilihan para PATI yang ingin ke Malaysia melalui laut. Dari pulau Batam ini biasanya para PATI akan menuju daerah-daerah pesisir Malaysia seperti Pengerang, Sungai Rengit, Kota Tinggi dan Ulu Tiram. Bagan Siapi Api (Sumatra) Bagan Siapi Api juga menjadi tempat pilihan PATI Indonesia yang akan menuju ke Malaysia dengan masuk melalui Daerah Port Klang Selangor Malaysia. Nunukan (Kalimantan Utara) Selain Sumatra, Kalimantan juga ada lokasi yang menjadi pusat pemberangkatan PATI menuju Malaysia seperti Nunukan di Kalimantan Utara dimana PATI akan diberangkatkan masuk ke Malaysia melalui Tawau di Sabah Malaysia...

WARGA ASING MULA KUASAI LAPANGAN GOLF.

Image
Kini warga asing bolih kita lihat dimana-mana diseluruh negara. Kalau dahulu warga asing hanya bekerja di bidang separuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, kini mereka sudah mula berani menceroboh hak warga tempatan dengan bekerja dibidang-bidang yang sepatutnya di isi olih warga tempatan. Ini termasuk warga asing wanita menjadi kedi dipadang-padang golf seluruh negara. Gadis Indonesia, Thailand dan Vietnam kini bersepah menjadi kedi. Sebuah Kelab Golf terkenal di Shah Alam kini khabarnya lebih suka mengambil gadis-gadis warga asing dari Indonesia bekerja sebagai kedi dikelab mereka untuk mengaut keuntungan lebih.  Rata-rata gadis-gadis Indonesia ini tidak mempunyai permit kerja yang sah, samada mereka masuk kenegara ini secara haram ataupun menyalah-gunakan pas lawatan sosial. Biasanya pada hari ketiga puluh, mereka akan keluar ke Batam atau Singapura, kemudian masuk semula ke esokkan harinya untuk menghidupkan semula pas lawatan sosial mereka it...

Polis Bukan Hanya Perlu Bersih, Tetapi Perlu Kelihatan Bersih.

Image
Syabas diucapkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang memberi mesej tegas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjaga integriti dan tidak melindungi kegiatan jenayah termasuk judi dan gengsterisme. Semua ini bagi memastikan tiada lagi anggota dan pegawai polis terlibat rasuah dan menjadi tali barut penjenayah. Sememangnya, masyarakat amat mengalu-alukan dan tertunggu-tunggu untuk melihat pasukan penguat kuasa seperti PDRM dibarisi oleh orang yang luar biasa ketahanan diri mereka dan kalis jenayah. Ini termasuk kalis rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Justeru untuk itu, Polis bukan sahaja perlu bersih dari sebarang gejala-gejala negatif, namun perlu juga kelihatan bersih dari sebarang salah-laku yang bolih menjejaskan reputasi dan intergriti pasukan. Sebagai orang yang diamanahkan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, PDRM mesti memastikan semua pegawai dan anggotanya melaksanakan tugas-tugas utamanya. Antara tugas utama di bawah S...