Posts

Showing posts from October, 2017

WARGA ASING MULA KUASAI LAPANGAN GOLF.

Image
Kini warga asing bolih kita lihat dimana-mana diseluruh negara. Kalau dahulu warga asing hanya bekerja di bidang separuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, kini mereka sudah mula berani menceroboh hak warga tempatan dengan bekerja dibidang-bidang yang sepatutnya di isi olih warga tempatan. Ini termasuk warga asing wanita menjadi kedi dipadang-padang golf seluruh negara. Gadis Indonesia, Thailand dan Vietnam kini bersepah menjadi kedi. Sebuah Kelab Golf terkenal di Shah Alam kini khabarnya lebih suka mengambil gadis-gadis warga asing dari Indonesia bekerja sebagai kedi dikelab mereka untuk mengaut keuntungan lebih.  Rata-rata gadis-gadis Indonesia ini tidak mempunyai permit kerja yang sah, samada mereka masuk kenegara ini secara haram ataupun menyalah-gunakan pas lawatan sosial. Biasanya pada hari ketiga puluh, mereka akan keluar ke Batam atau Singapura, kemudian masuk semula ke esokkan harinya untuk menghidupkan semula pas lawatan sosial mereka it...

Polis Bukan Hanya Perlu Bersih, Tetapi Perlu Kelihatan Bersih.

Image
Syabas diucapkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang memberi mesej tegas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjaga integriti dan tidak melindungi kegiatan jenayah termasuk judi dan gengsterisme. Semua ini bagi memastikan tiada lagi anggota dan pegawai polis terlibat rasuah dan menjadi tali barut penjenayah. Sememangnya, masyarakat amat mengalu-alukan dan tertunggu-tunggu untuk melihat pasukan penguat kuasa seperti PDRM dibarisi oleh orang yang luar biasa ketahanan diri mereka dan kalis jenayah. Ini termasuk kalis rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Justeru untuk itu, Polis bukan sahaja perlu bersih dari sebarang gejala-gejala negatif, namun perlu juga kelihatan bersih dari sebarang salah-laku yang bolih menjejaskan reputasi dan intergriti pasukan. Sebagai orang yang diamanahkan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, PDRM mesti memastikan semua pegawai dan anggotanya melaksanakan tugas-tugas utamanya. Antara tugas utama di bawah S...

Lambakan Warga Asing – Kerajaan Jangan Abaikan Peranan NGO

Image
Malaysia sudah lama menjadi tumpuan rakyat daripada pelbagai negara, antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagai lubuk mencari rezeki di pelbagai sektor. Dan Bertahun-tahun itu jugalah isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidak berkesudahan.      Meskipun pelbagai usaha agresif dijalankan pihak berkuasa termasuk penghantaran pulang ke negara asal, bilangan mereka tidak juga berkurangan, malah bertambah tahun demi tahun. Statistik terakhir yang kita ada ialah yang dikeluarkan olih Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun 2014 yang mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram Di Malaysia kini dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang.  Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Itu cerita tiga tahun lepas. Bagaimana pula sekarang? J...

Selagi Ada 'Judi Halal' ... 'Judi Haram' Tidak Mungkin Dapat Dibenteras.

Image
Terlalu banyak kesan2 buruk yang timbul di sebalik aktiviti perjudian. Dalam menangani gejala buruk ini,   Polis Diraja Malaysia (PDRM) khabarnya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan ‘Judi Haram’ ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jawatankuasa yang diketuai beliau sendiri telah ditubuhkan bagi menangani dan menghapuskan premis-premis judi haram yang semakin berleluasa di seluruh negara. Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga pernah mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi membanteras kegiatan “Judi Haram” yang kini berada pada tahap serius dan luar biasa. Pasukan elit khas ini bakal memiliki keanggotaan dua kali ganda berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) serta turut mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi. Agensi-agensi kerajaan lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ko...