Lambakan Warga Asing – Kerajaan Jangan Abaikan Peranan NGO
Malaysia sudah lama menjadi tumpuan rakyat daripada pelbagai negara, antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagai lubuk mencari rezeki di pelbagai sektor. Dan Bertahun-tahun itu jugalah isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidak berkesudahan.
Meskipun pelbagai usaha agresif
dijalankan pihak berkuasa termasuk penghantaran pulang ke negara asal, bilangan
mereka tidak juga berkurangan, malah bertambah tahun demi tahun. Statistik
terakhir yang kita ada ialah yang dikeluarkan olih Menteri Sumber Manusia,
Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun 2014 yang mendedahkan, pekerja
asing sama ada yang masuk secara sah atau haram Di Malaysia kini dianggarkan
berjumlah 6.7 juta orang.
Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang
mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Itu cerita tiga
tahun lepas. Bagaimana pula sekarang?
Jumlah 6.7 juta pekerja asing itu
adalah anggaran jabatan perangkaan, kerana kita tiada jumlah sebenar golongan
terbabit, sementara anggaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
Seng Kuan pula menunjukkan jumlah berbeza iaitu berlaku peningkatan drastik kebanjiran
pekerja warga asing di negara ini.
Jika angka yang didedahkan itu
benar, ini bermakna jumlah warga asing di Malaysia ketika ini mengatasi
populasi penduduk kaum Cina. Menurut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kaum
etnik kedua terbesar di negara ini pada tahun ini diunjurkan berjumlah 6.64
juta orang.
Jabatan-jabatan kerajaan seperti
Kementerian Sumber Manusia yang berfungsi sebagai pengeluar utama tenaga mahir
negara bagi memenuhi permintaan industri, Kementerian Dalam Negeri yang
bertanggung-jawab dalam memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan
ketenteraman awam serta Jabatan Imigresen yang bertanggungjawab terhadap dasar
dan peraturan kemasukan orang asing perlulah peka dengan tugas masing-masing
agar Negara tidak terus dijajah olih warga asing ini.
Lambakan pekerja asing yang gagal
dibendung ini adalah ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai
sektor dinegara kita serta sikap majikan yang suka mengambil pekerja warga
asing termasuk Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi menjimatkan kos.
Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas
daripada pendatang asing tanpa izin menjelang tahun 2020. Persoalannya dengan
lambakan kebanjiran pekerja asing yang sebegitu besar, mampukah negara
mencapainya?
Adakah Malaysia memerlukan jumlah
tenaga asing yang sebegitu ramai? Di beberapa tempat terutamanya di Lembah
Klang, jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempat sehingga ada
yang mewujudkan koloni masing-masing yang menimbulkan keresahan rakyat.
Dalam hal ini, bagi membantu
kerajaan dalam mengenalpasti jumlah sebenar warga asing yang berada di
Malaysia, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) telah menjalankan
Program Pendataan dan Kebajikan Warga Asing.
Pengerusi MCCF, Halim Ishak
berkata, pengumpulan data tersebut bertujuan mendapatkan jumlah sebenar warga
asing di negara ini sama ada berdaftar secara sah, tanpa majikan, terpinggir
atau pemegang status diragui.
Kesemua data akan diserahkan kepada pihak kerajaan
terutama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dalam menyediakan
kaedah penyelesaian dan pemantauan secara menyeluruh berhubung isu warga asing.
Menurutnya, majoriti warga asing
memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah. Bahkan ada di antara mereka
merupakan kanak-kanak diragui status,
warga emas selain golongan kurang upaya.
Setakat ini, sebanyak 25,000 data
merangkumi negara asal, pekerjaan, dan maklumat peribadi warga asing
dikumpulkan sejak empat tahun program penyelidikan dan pembangunan di lakukan
MCCF.
Proses pendataan ini melibatkan
warga asing secara menyeluruh, sama ada yang berdaftar secara sah, tanpa
majikan atau memegang status diragui dan terpencil. Program ini dijalankan
menerusi sukarelawan yang dilantik dan akan dipantau oleh Pengurus Negeri dan
Daerah yang telah mengikuti seminar anjuran MCCF sebelum ini.
Kerajaan sepatutnya berterima
kasih dan bekerjasama dengan NGO-NGO seperti ini iatas daya usaha murni mereka
itu dalam memartabatkan kedaulatan Negara. Data-data yang mereka kumpulkan itu
sebenarnya amat berharga dan tidak seharusnya disia-siakan olih pihak kerajaan
yang sememangya sudah kelihatan buntu dalam menangani lambakan warga asing ini.
Comments
Post a Comment